Hubungan Dinamik Antara Inflasi, Kemeruapan Inflasi dan Pertumbuhan Output: Bukti Empirikal di Malaysia
Year: 2009
Type: article
Abstract: Tujuan utama makalah ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara inflasi, kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output bagi tempoh Januari 1980 hingga Disember 2004. Kemeruapan inflasi dianggarkan dengan menggunakan model varians bersyarat ‘exponential generalized autoregressive conditional heteroskedasticity’ (EGARCH) dan perubahan indek pengeluaran perindustrian (IPP) digunakan sebagai proksi kepada pertumbuhan output. Teknik autoregresi vector (VAR) digunakan untuk menguji kewujudan hubungan lead-lagged antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji. Keputusan empirikal menunjukkan wujud hubungan penyebab antara kadar inflasi dan kemeruapan inflasi. Secara amnya, kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kemeruapan inflasi, selaras dengan hipotesis pertama Friedman. Seterusnya kemeruapan inflasi yang tinggi akan mengurangkan kadar inflasi seperti yang dibahaskan oleh Holland. Tambahan pula, inflasi memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan output Malaysia. Walau bagaimanapun tiada hubungan yang wujud antara kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output. Keputusan daripada analisis luar sampel menggunakan teknik fungsi tindak balas teritlak (GIRF) dan penghuraian varians (VDC) adalah konsisten dengan keputusan daripada analisis VAR.
Authors: Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Tan Yan Ling
Institutions: National University of Malaysia, Universiti Teknologi MARA
Language: Indonesian
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W100841441
