Work

Keberkesanan Penggunaan Model Bentuk Muka Bumi Sungai bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 1.

Year: 2011
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan model bentuk muka bumi sungai bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan 1. Kajian ini dijalankan berdasarkan pendekatan jenis penyelidikan eksperimen kuasi. Populasi kajian adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Takis, Papar. Sampel terdiri daripada 40 orang pelajar yang dipilih daripada 2 buah kelas. Penyelidik telah membahagikan sampel kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan akan diajar dengan menggunakan model sebagai alat bantu mengajar manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan model iaitu melalui kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah set soalan ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Apabila data diperoleh, penyelidik memproses data tersebut dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0 (Statistical Package for Social Science Version 17.0). Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan pencapaian pra ujian dan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Aras kesignifikan kajian ditentukan pada tahap p<0.05. Melalui keputusan data yang telah dianalisis menunjukkan kesemua hipotesis yang dibina dalam kajian ini adalah ditolak, ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang positif dan signifikan iaitu 0.00 (p<0.05). Oleh itu, daripada hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa pengajaran mata pelajaran Geografi dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti model Bentuk Muka bumi sungai dapat membantu meningkatkan kefahaman dan juga prestasi pelajar.
Language: Malay
Open Access status: green
OpenAlex ID: W112032099
FWCI:
Cites: 2
Cited by: 4
Related to: 10