Work

Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu

Year: 2009
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada pengajaran unsur tautan dengan menggunakan Model Pengajaran Unsur Tautan dapat digunakan oleh guru sebagai salah satu teknik dalam menghasilkan karangan yang berkualiti. Tinjauan terhadap karya terdahulu mendapati bahawa tautan (kohesi) lebih menarik minat pengkaji luar negara berbanding dengan pengkaji tempatan. Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang murid tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 30 orang dalam kumpulan eksperimen dan selebihnya dalam kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen (Quasi-Experimental Design). Untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifi kan antara jumlah unsur tautan murid kumpulan eksperimen dengan jumlah unsur tautan murid kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan ujian pasca, ujian-t sampel bebas (independent samples t-test) dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS for Windows Version 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran unsur tautan memberikan kesan terhadap jumlah unsur tautan yang dihasilkan oleh murid.
Language: Indonesian
Subfield: Education
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $225
OpenAlex ID: W112188567
FWCI:
Cites: 9
Cited by: 8
Related to: 10