Year: 2012
Type: article
Abstract: Penyejukan penyejatan merujuk kepada kaedah penyejukan pasif yang menggunakan prinsip penyejatan air untuk menyejukkan persekitaran. Ini adalah konsep penting dalam bangunan yang menyejuk secara semula jadi, di mana kolam air digunakan untuk mengekalkan keselesaan termal. Kajian ini meneroka dan membincangkan konsep penggunaan kolam air sebagai elemen penyejukan penyejatan dalam konteks seni bina lestari dan reka bentuk alam sekitar. Isu kepada kajian ini adalah penggunaan berterusan sistem HVAC di kawasan bandar menyumbang kepada kesan pemanasan haba, di mana udara panas dari penyaman udara menyerap haba meningkatkan suhu tempatan dan memperburuk pemanasan bandar. Suhu tinggi di Malaysia, yang beriklim tropika, menyebabkan ketergantungan besar pada penyaman udara untuk penyejukan bangunan. Penggunaan tenaga sistem HVAC semasa permintaan puncak menimbulkan cabaran untuk mencapai kelestarian dengan mengimbangi keperluan keselesaan dan kecekapan tenaga. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan kolam air sebagai elemen penyejukan penyejatan pada bangunan. Kajian ini dijalankan di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun dengan melalui kajian lapangan. Parameter persekitaran, termasuk suhu udara, kelembapan relatif, dan halaju udara, direkodkan menggunakan 'data logger'. Penemuan menunjukkan bahawa kolam air dapat menstabilkan suhu dalaman dan tahap kelembapan sederhana dengan ketara, menyumbang kepada persekitaran dalaman yang selesa. Hasil data juga menekankan kepentingan penempatan strategik dan penyepaduan kolam air dengan sistem pengudaraan semula jadi untuk memaksimumkan kecekapan penyejukan. Kajian ini menyumbang kepada peningkatan pengetahuan tentang amalan bangunan lestari, menggalakkan penyepaduan strategi penyejukan pasif dalam reka bentuk kemudahan pendidikan masa hadapan.
Authors: Majdah Zawawi, Nasimah Hussin
Language: English
Subfield: Building and Construction
Field: Engineering
Domain: Physical Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W136227883
