Work

Kajian penambahbaikan modul program tafaqquh di masjid ke arah memantapkan dinamisme pengajian fiqh semasa

Year: 2011
Type: conference-paper
Abstract: Kertas kerja ini memberikan fokus kepada model pembangunan modul program tafaqquh semasa di Masjid. Ianya merupakan usaha tinjauan (pilot studies) awal daripada projek penyelidikan ilmiah (FRGS/1/10/SSK/UUM/03/2) tajaan Universiti Utara Malaysia dengan tajuk “Pembangunan Masyarakat Berilmu Melalui Institusi Masjid: Ke Arah Pembinaan Modul Program Tafaqquh Bersifat Semasa”. Bagi mendapatkan gambaran yang holistik dengan tema dan subjek yang dikaji, tumpuan utama akan diberikan kepada beberapa perkara utama; sejarah perkembangan modul program tafaqquh di dalam masyarakat rantau Alam Melayu; teori pendidikan Islam yang dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Islam Negara: kaedah pengajian Fiqh daripada perspektif metodologi dan pedagogi semasa dan akhirnya pembentangan modul program tafaqquh semasa Islam alternatif di Malaysia.
Author: Alias Azhar
Language: Indonesian
Subfield: Education
Open Access status: green
OpenAlex ID: W13720702
FWCI:
Cites: 1
Cited by:
Related to: 10