Work

Kompetensi berkomunikasi dan budaya kerja dalam kalangan penjawat awam

Year: 2011
Type: book
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi penjawat awam di Negeri kedah dari segi kompetensi komunikasi interpersonal, komunikasi antara budaya dan kompetensi komunikasi berdasarkan konteks, budaya kerja dan kepuasan komunikasi.Kajian ini juga meneliti sama ada terdapat perbezaan dari segi aspek-aspek tersebut berdasarkan beberapa ciri demografi yang terpilih, Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah berkenaan dan peramal kepada kepuasan komunikasi.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu tinjauan.Data dikumpulkan melalui pengedaran soalselidik.Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah sejumlah 294 orang kakitanga di Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, Ujian t, Korelasi, ANOVA Sehala, analisis Regresi Pelbagai dan analisis regresi Stepwise.Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi komunikasi penjawat-penjawat awam secara keseluruhannya adalah memuaskan.Perbezaand ari segi kompetensi komunikasi didapati berbeza bagi kakitangan yang berbeza kategori pendidikan.Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pebolehubah kompetensi komunikasi interpersonal, komunikasi antara budaya dan kompetensi komunikasi berdasarkan konteks, budaya kerja dengan kepuasan komunikasi.Analisis regresi prosedur Stepwise menunjukakan bagi dimensi komunikasi antara budaya, dimensi hormat menghormati dalam berinterasi dan perhatian dalam berinteraksi merupakan peramal yang signifikan bagi kepuasan komunikasi.Bagi dimensi-dimensi komunikasi interpersonal, hasil analisis menunjukkan komunikasi dan pengurusan merupakan peramal utama kepada kepuasan komunikasi.Bagi dimensi komunikasi budaya kerja pula, hasil analisis menunjukkan dimensi ketegasan, terperinci, keputusan, kestabilan, dan kumpulan merupakan dimensi utama dalam meramal kepuasan komunikasi.Cadangan kajian akan datang turut dikemukakan.
Language: Indonesian
Subfield: Communication
Open Access status: green
OpenAlex ID: W146976977
FWCI:
Cites:
Cited by: 1
Related to: 8