Strategi Metafizik: Kesinambungan Penerokaan Domain Strategi Utama Pembelajaran Bahasa Language Portfolio In Turkey
Year: 2009
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kewujudan pelbagai tipologi Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) menunjukkan tiadakesepakatan mutlak dalam memerihalkan tentang inventori dan taksonomi bidangtersebut. Tidak dinafikan bahawa perdebatan dalam kalangan penyelidik mengenaitaksonomi SPB yang ada masih berterusan, dan terdapat beberapa domain SPB yangmasih belum diterokai. Justeru, kertas ini memerihalkan satu kajian awal yang direkabentuk untuk menerokai dan membina strategi metafizik sebagai subkategori yang barudalam sistem pengklasifikasian SPB. Item-item di dalam soal selidik subkategori strategimetafizik telah dibina berdasarkan sorotan literatur. Nilai indeks kebolehpercayaan yangdihasilkan oleh Alfa Cronbach bagi strategi tersebut adalah 0.805. Subjek kajian yangdipilih secara rawak adalah terdiri daripada 460 orang pelajar dari 13 buah SekolahMenengah Agama di Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi metafizikmerupakan strategi yang kedua paling kerap digunakan selepas strategi tampungan. Strategi metafizik juga didapati merupakan antara strategi yang paling kerap digunakanoleh pelajar berdasarkan tahap pencapaian dan motivasi pembelajaran bahasa. Kajian initelah menyumbangkan kerangka kerja yang jelas bagi kesinambungan penyelidikantentang strategi metafizik dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan SPB.
Language: Malay
Subfield: Language and Linguistics
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $300
OpenAlex ID: W1596046285
