Kesan Amalan Komunikasi dalam Sistem Ganjaran dan Keadilan Prosedur Terhadap Prestasi Kerja
Year: 2010
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur pengaruh persepsi keadilan prosedur dalam perhubungan antara amalan komunikasi dalam sistem ganjaran dan prestasi kerja di sebuah penguasa tempatan berstatus bandar raya di Sarawak, Malaysia. keputusan analisis regresi berganda hierarki menunjukkan bahawa interaksi antara pengetahuan tentang sistem ganjaran dan keadilan prosedur mempunyai hubungan yang tidak signifi kan dengan prestasi kerja, tetapi interaksi antara layanan ketua terdekat dan keadilan prosedur mempunyai hubungan yang signifi kan dengan prestasi kerja. dapatan kajian mengesahkan bahawa keadilan prosedur hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhanaan separa dalam model sistem ganjaran dalam organisasi kajian. justeru itu, implikasi dan limitasi kajian ini, serta cadangan kajian akan datang turut dibincangkan.
Institutions: Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Utara Malaysia
Language: Indonesian
Subfield: Human Factors and Ergonomics
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W163097224
