Work

Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kespekerja keluarga dwi-pendapatan

Year: 2014
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesejahteraan kewangan diukur menggunakan skala Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Tahap kesejahteraan kewangan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan 40 peratus responden adalah dalam kategori kesejahteraan kewangan tinggi, 49 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan sederhana dan 11 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan rendah. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan bahawa tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan adalah pada tahap sederhana.
Language: Indonesian
Subfield: Finance
Open Access status: green
OpenAlex ID: W166595466
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 9