Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar (Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding Environmental Issues)
Year: 2011
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang dijalankan terhadap orang awam di dua buah negeri iaitu Pulau \nPinang dan Kuala Lumpur. Tujuan utama kajian adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan \norang awam terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar serta kaedah pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, kajian \nini juga bertujuan untuk mengenal pasti saluran maklumat dan menjadi pilihan responden dalam memperolehi \nmaklumat berkenaan alam sekitar. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang \nsoal selidik telah diedarkan kepada 100 orang responden iaitu 50 orang responden di setiap negeri. Hasil kajian \nmendapati tahap pengetahuan orang awam terhadap isu-isu alam sekitar berbeza mengikut isu yang telah disenaraikan. \nPengetahuan tentang program kitar semula adalah sederhana berbanding pengetahuan tentang pencemaran udara \ndan pencemaran bunyi yang lebih rendah. Manakala pengetahuan terhadap bencana alam di Malaysia adalah tinggi \ndan tahap pengetahuan mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah sederhana. Sikap orang awam \nterhadap isu alam sekitar pula dikategorikan pada tahap yang masih rendah. Hasil kajian juga mendapati amalan \norang awam terhadap pemuliharaan alam sekitar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada pada tahap rendah. \nMenerusi kajian ini, didapati televisyen dipilih sebagai media yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan \nmaklumat tentang isu alam sekitar di kedua-dua negeri tersebut
Language: English
Subfield: Management, Monitoring, Policy and Law
Field: Environmental Science
Domain: Physical Sciences
SDG: Life on land
Open Access status: green
OpenAlex ID: W1683153088
