Work

“Saya Suka Tapi Tak Bangga” – Satu Kajian Sikap Bahasa

Year: 2012
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina di Kuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah tidak langsung) dan soal selidik (kaedah langsung). Sejumlah 403 responden mengambil bahagian dalam survei kajian ini. Dapatan berdasarkan ujian matched-guise dengan sokongan daripada maklum balas responden dalam soal selidik mencadangkan faktor-faktor sosial iaitu kumpulan umur dan taraf sosioekonomi mempunyai pengaruh ke atas penilaian variasi-variasi. Secara keseluruhannya, bahasa Mandarin Standard dan dialek Kantonis dinilai ‘tinggi’ dan ‘positif’ secara konsisten dari kedua-dua dimensi status dan kekitaan, sementara dialek Hokkien dan bahasa Mandarin basahan pula dilaporkan sebagai lebih menyerlah dari dimensi kekitaan berbanding status.
Language: Indonesian
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $300
OpenAlex ID: W1830738428
FWCI: 2.94
Cites: 25
Cited by: 4
Related to: 10