Work

Budaya Penyelidikan Dan Penerbitan Bertamadun: Satu Sinergi

Year: 2006
Type: article
Abstract: Linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Ciri saintifik memberi ruang kepada ilmu linguistic itu untuk terus diselidiki. Penyelidikan akan menjadi lebih utuh jika diturutsertakan dengan teori yang berwibawa. Teori boleh dianggap sebagai rangka yang melengkapkan lagi kesempurnaan sesebuah penyelidikan. Penyelidikan linguistik tidak terbatas kepada mana-mana aspek bahasa. Penyelidikan tercetus kerana adanya ketidakserupaan pandangan terhadap bahan yang dikaji. Hasil kajian mungkin akan berbeza berdasarkan perspektif yang kita lihat. Data yang dikutip lebih besar, teori analisis lebih terkini dan metodologi kajian yang sesuai mampu menyumbang sesuatu yang menarik. Ketidakselarian antara dapatan kajian lama dan baharu seharusnya memberikan cabaran dan seterusnya mencetuskan keterbukaan minda pembaca. Dunia penyelidikan akan menjadi rancak apabila hasilnya dapat didebatkan. Perdebatan ini tidak terhad dalam seminar tetapi juga di dalam majalah. Majalah sebagai wadah penyebar ilmu akan mampu menarik perhatian dan seterusnya menyemaikan budaya membaca di kalangan pembaca.
Language: Indonesian
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $300
OpenAlex ID: W1836077440
FWCI:
Cites: 4
Cited by: 7
Related to: 10