Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu
Year: 2006
Type: article
Abstract: Artikel ini membincangkan teori skema dan kesan penggunaan model skema dalam pengajaran cerpen (KOMSAS) Bahasa Melayu. Pengkaji-pengkaji teori skema menegaskan skema atau pengetahuan latar dapat membantu meningkatkan kefahaman bacaan pelajar. Suatu kajian kuasi eksperimen telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan model skema terhadap pencapaian kefahaman pelajar dan minat pelajar terhadap cerpen (KOMSAS). Dapatan kajian tersebut menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan bagi soalan tentang persoalan, soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya bahasa berbanding dengan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Selain itu, didapati minat pelajar terhadap cerpen turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan model skema.
Authors: Subadrah Nair, Rajeswari Arumugam
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: Indonesian
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $225
OpenAlex ID: W1895113349
