Work

Analisis Preposisi Lokatif Bahasa Melayu Berdasarkan Kerangka Role And Reference Grammar (RRG)

Year: 2009
Type: article
Abstract: Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan dan membincangkan sifat dan pola kehadiranpreposisi bahasa Melayu berasaskan kepada struktur semantik kata kerja. Makalah inimencadangkan bahawa satu kelas kata kerja yang berkongsikan struktur semantik yangsama mempunyai hubungan dengan kehadiran preposisi dalam ayat. Dalam makalah inihubungan antara kata kerja dan preposisi akan berlandaskan notasi dan konsepsemantik Teori Role and Reference Grammar (RRG) - Van Valin dan LaPolla (1997) danVan Valin (2005). Representasi semantik dalam Teori Role and Reference Grammarberasaskan representasi predikat iaitu kata kerja yang berasaskan dekomposisi Aktionsart.Aktionsart ialah kelas leksikal yang dianggotai oleh sesuatu kata kerja berdasarkan jenisproses, keadaan dan sebagainya seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja tersebut. KelasAktionsart terbahagi kepada kata kerja keadaan, kata kerja pencapaian, kata kerjapenyempurnaan, kata kerja aktiviti, kata kerja aktif penyempurnaan dan versi kausatifbagi setiap kelas kata kerja. Representasi bagi dekomposisi kategori Aktionsart yangberbeza dipanggil sebagai ‘struktur logik’ (SL). Hubungan antara SL kata kerja danpreposisi akan berfokuskan preposisi lokatif bahasa Melayu iaitu preposisi di, ke dandari. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan menunjukkan SL bagi preposisi dan jugameneliti bagaimana kemunculan preposisi lokatif boleh diramal dan ditentukan dalamayat berdasarkan SL kata kerja bahasa Melayu. Data kajian ini diperoleh daripada duabuah novel iaitu, Novel Buih dan Novel Noni.
Language: English
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $300
OpenAlex ID: W1916948591
FWCI:
Cites: 8
Cited by: 5
Related to: 10