Pelaporan Kewangan Menerusi Internet: Tinjauan Kajian Lepas
Year: 2011
Type: article
Abstract: Makalah ini mengulas sorotan literatur berkaitan penyelidikan pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI). Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan terma, dimensi dan penklasifi kasian berkaitan PKMI tidak konsisten dalam kalangan penyelidik. Perbezaan ini menyumbang kepada perbezaan dapatan kajian dan seterusnya gagal menerangkan dengan jelas faktor penentu yang mempengaruhi PKMI. Penelitian terhadap kajian PKMI turut mendapati sedikit sahaja kajian yang memberi fokus kepada pembinaan indeks pelaporan bagi menerangkan tahap PKMI. Pengajaran yang dapat dicungkil daripada perbincangan dan ulasan tersebut ialah perlunya satu kajian yang lebih komprehensif bagi membincangkan isu berkaitan PKMI. Kata kunci: Terma, dimensi, faktor penentu dan pelaporan kewangan menerusi Internet.
Institutions: University of Technology Malaysia, Universiti Utara Malaysia
Language: Malay
Topic: Financial Reporting and XBRL
Subfield: Management Information Systems
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W197193044
