الإسلام والأدب الملايوي: تحليل للنقاشات في ماليزيا al-Islam wa al-adab al-Malayuwi: tahlil li al-niqasyat fi Malizia
Year: 2008
Type: article
Abstract: Zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk produktif iaitu skim bantuan modal perniagaan bagi membina potensi asnaf fakir dan miskin yang berkelayakan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka secara mampan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan mendeskripsi bentuk nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi serta mengukur tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf terlibat berasaskan Teori Modal Insan. Pengumpulan data telah dilakukan melalui edaran soal selidik melibatkan 40 orang usahawan asnaf yang dipilih melalui teknik persampelan bukan kebarangkalian jenis teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif melalui nilai kecenderungan terpusat iaitu min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi usahawan anaf, berlaku dalam bentuk peningkatan kemahiran keusahawanan, ketersediaan sumber modal perniagaan dan peluang pemasaran produk. Tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi. Dapatan ini membuktikan pelaksanaan agihan zakat dalam bentuk program keusahawanan asnaf dapat mengurangkan kemiskinan jangka masa panjang bagi kelompok asnaf yang mempunyai kemampuan berniaga selari dengan Teori Modal Insan.
Authors: Rahmah Ahmad H.Osman, Adli Yaacob
Language: Arabic
Subfield: Literature and Literary Theory
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
Funder: Nagaoka University of Technology
OpenAlex ID: W2125755433
