Pengaruh motivasi & kebimbangan pelajarterhadap pencapaian kimia sekolah menengahdaerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna
Year: 2013
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Penyelidikan ini tertumpu kepada motivasi dan kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kimia di kalangan pelajar - pelajar sekolah menengah. Dalam kajian ini, motivasi berfokuskan efikasi kendiri. Penyelidikan ini juga untuk melihat pengaruh motivasi efikasi kendiri dan kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kimia berdasakan faktor bangsa dan mengenal pasti korelasi di antara motivasi dan kebimbangan pelajar. Kajian ini melibatkan responden pelajar sekolah menengah tingkatan empat di sekitar Daerah Semporna, Lahad Datu dan Tawau. Data yang diperoleh dari SPSS versi 17.0 dan dianaiisis melalui statistic deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan motivasi pelajar dan kebimbangan pelajar mempengaruhi pencapaian kimia dan motivasi dan kebimbangan pelajar tidak memberikan perbezaan terhadap pencapaian kimia berdasarkan faktor bangsa. Dapatan turut memperlihatkan terdapat korelasi di antara motivasi pelajar dan kebimbangan pelajar.
Author: Erni Arniza Ahmad
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2191063918
