Work

Peranan teknologi maklumat dalam kerangka konsep hubungan amalan terbaik dengan prestasi organisasi

Year: 2009
Type: conference-paper
Abstract: Amalan terbaik merupakan konsep yang dapat menerangkan amalan sumber manakah yang dapat memberikan kesan yang signifikan kepada prestasi organisasi dan teknologi maklumat pula merupakan salah sutu sumber penting kepada organisasi masa kini. Oleh itu, adalah wajar untuk menguji sejauhmana IT berhubungan dengan prestasi organisasi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai maksud tersebut, teknologi maklumat perlu digembeleng dan digabungkan dengan lain-lain sumber organisasi kerana teknologi maklumat secara bersendirian tidak mampu mewujudkan sebarang hubungan dengan prestasi. Sebarang kajian yang cuba melihat hubungan antara teknologi maklumat dengan prestasi perlu dilihat dalam skop yang lebih meluas, lengkap dan komplek. Kertas ini cuba mengupas permasalahan tersebut dan turut membincangkan langkah-langkah susulan yang perlu diambil bagi menjayakan kajian seperti tersebut.
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2471136813
FWCI:
Cites: 39
Cited by:
Related to: 10