Work

Pemodelan Kesediaan Pelajar Beranjak kepada Berbasikal di UKM

Year: 2015
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Peningkatan kebergantungan kepada penggunaan kereta dan gaya hidup yang tidak aktif di kampus universiti telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat dan lebih banyak permintaan untuk tempat letak kereta, pencemaran udara dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak kajian telah dilakukan untuk memenuhi keperluan bagi kelestarian di kampus universiti. Istilah "Pengangkutan Aktif" seperti berbasikal perlu dijadikan cara untuk memperoleh kelestarian di kampus universiti. Untuk menilai kesan langkah ini, sejumlah 169 soal selidik telah diedarkan di dalam kampus kepada pemandu-pemandu kereta dan temuramah telah dilakukan dengan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Regresi logistik telah digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna untuk menukar mod perjalanan mereka kepada berbasikal. Dapat disimpulkan bahawa dengan mengenakan bayaran
Language: Malay
Subfield: Transportation
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2344663867
FWCI: 0.342
Cites: 19
Cited by: 8
Related to: 9