Work

Evidence review of the outcomes that can be expected of drug misuse treatment in England.

Year: 2017
Type: article
Abstract: Beli Dahulu Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) merupakan satu bentuk pembiayaan ansuran yang berpotensi meringankan beban perbelanjaan pengguna. Walaupun BNPL sering dianggap sebagai inovasi kewangan moden yang menawarkan kemudahan pengurusan belanjawan, kajian-kajian terdahulu menunjukkan pelaksanaannya masih menimbulkan persoalan dari sudut pematuhan terhadap prinsip syariah dan etika Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur bagi memastikan pencarian bukti yang menyeluruh serta penonjolan hasil kajian yang telus. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana BNPL boleh disesuaikan sebagai medium pengurusan perbelanjaan yang selari dengan syariat dan prinsip etika Islam. Hasil analisis terhadap literatur terpilih mendapati bahawa BNPL berpotensi menjadi instrumen pengurusan kewangan yang menyumbang kepada pengurangan jurang ekonomi, selaras dengan keperluan semasa. Malah, ia juga mampu mengimbangi inovasi teknologi dengan elemen kemudahan, keadilan dan perlindungan pengguna. Penambahbaikan dari segi garis panduan, penggubalan akta serta peningkatan literasi kewangan disarankan agar lebih responsif terhadap keperluan individu dan komuniti Muslim, demi menjamin kelestarian hidup yang beretika dan berlandaskan syariat.
Language: English
Subfield: Epidemiology
Field: Medicine
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2585575692
FWCI: 3.747
Cites: 56
Cited by: 64
Related to: 10