Work

Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua: satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti

Year: 2007
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga(anak dewasa) mengharungi pengalaman dan mengurus aktiviti hariandalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatanfenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian ini adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua yang berumur lebih daripada 60 tahun, berbangsa Melayu, berstatus sosioekonomi rendah dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyaikeluarga sendiri. Responden kajian juga dipilih mengikut penjagaanterhadap tiga kumpulan warga tua (yang sihat, kurang upaya dan sakitterlantar) berpaksikan dalam satu kontinum. Hasil kajian mendapatibahawa terdapat lompang antara penjagaan tiga kumpulan warga tuadalam aspek program (penyertaan komuniti dan penyampaianperkhidmatan komuniti) melalui sokongan sosial berteraskan pendidikankomuniti. Kajian ini juga telah mencadangkan sebuah pendekatanpengurusan daya tindak berteraskan pendidikan komuniti untuk anakdewasa yang menjaga ibu bapa tua.
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2590199719
FWCI:
Cites:
Cited by: 14
Related to: 7