Mengharmonikan Islam dan Pasifisme: Satu Pendekatan Tradisionalis
Year: 2016
Type: article
Abstract: Umumnya, pasifisme dan Islam dinilai sebagai saling bertentangan. Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan hujah sebaliknya. Ia berhujah bahawa Islam dan pasifisme boleh diharmonikan dan diamalkan di tiga peringkat; antarabangsa, nasional dan individu. Berdasarkan dari hujah-hujah yang dikemukakan, artikel ini menyimpulkan bahawa persoalan pasifisme tidak semestinya dilihat sebagai percanggahan antara halal dan haram. Sebaliknya ia boleh dikategorikan dalam masalah khilafiyah yang mana sikap terbuka dan saling menghormati perlu dipegang oleh pihak-pihak yang berbeza pendapat.
Source: Journal of Al-Tamaddun
Author: Muhammad Haniff Hassan
Language: Indonesian
Subfield: Sociology and Political Science
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2593378390
