Work

Concept, segmentation and research potential of fishing tourism in Malaysia.

Year: 2015
Type: article
Abstract: Pelancongan memancing merupakan salah satu pelancongan alternatif yang popular di Barat tetapi masih baru dalam konteks pembangunan dan penyelidikannya di Malaysia. Kertas kerja ini meneliti tentang aspek konsep, segmentasi dan potensi penyelidikan pelancongan memancing di negara ini. Dari segi konseptual, perkaitan antara aktiviti memancing, rekreasi dan pelancongan akan diteliti, di samping penjelasan tentang konsep dan kategori pelancong memancing. Aspek segementasi pula menjelaskan tiga segmen, iaitu pengusaha bot pelancongan memancing, profil pelancongan memancing dan lokasi memancing. Seterusnya, perkaitan antara model peringkat dan tahap pembangunan pelancongan yang dikemukakan oleh Carter dan Stronza (2014) dan pelancongan memancing turut dihuraikan. Bahagian akhir kertas kerja ini mengemukakan isu dan potensi penyelidikan pelancongan memancing di Malaysia.
Language: English
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2343543447
FWCI:
Cites: 18
Cited by: 3
Related to: 9