Work

Transformasi pemikiran keusahawanan bagi dimensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan OKU

Year: 2015
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: Kajian ini memfokuskan kepada transformasi ilmu pemikiran keusahawanan dari aspek dmensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism.Program ini merupakan program pemindahan ilmu dari pihak akademia kepada pihak industri dan seterusnya pihak industri akan memindahkan ilmu ini semula kepada peserta program.Program Transformasi OKU dalam edutourism merupakan program kerjasama antara pihak UUM dan Yayasan EMKAY serta Yayasan Pulau Banding.Seramai 10 orang peserta OKU telah menyertai program ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah transformasi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan peserta OKU selepas mereka menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism untuk tempoh enam bulan.Kajian ini mendapati skor min keseluruhan mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada tahap sederhana tinggi (skor min 3.74) kepada tahap tinggi (skor min 4.32) selepas mereka mengikuti Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism. Kajian ini menggunakan pendekatan pre-test dan post-test, di mana 16 item digunakan untuk mengukur mengenal peluang keusahawanan. Hampir semua item yang mengukur mengenal peluang keusahawanan menunjukkan peningkatan dalam skor min. Program ini didapati dapat membangun dan meningkatkan potensi pemikiran keusahawanan golongan OKU, di mana peserta OKU berupaya untuk mengenal pasti peluangpeluang keusahawanan yang terdapat di persekitaran mereka. Ini seterusnya memberi kesedaran dan laluan kepada golongan OKU untuk lebih berdikari dengan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2742367884
FWCI:
Cites:
Cited by: 5
Related to: 10