Work

Idea Penafsiran Semula Al-Qur’an menurut Nasr Hamid Abu Zayd: Suatu Pengamatan Kritis

Year: 2017
Type: article
Abstract: Al-Qur"an tersusun daripada lafaz bahasa Arab berserta kandungan makna yang dapat difahami melalui metode ilmiah yang muktabar.Namun keautoritian metode ini cuba digugat oleh idea penafsiran semula al-Qur"an menurut Nasr Hamid Abu Zayd.Bertolak daripada kritikan terhadap konsep keqadiman kalam Allah menurut Asha`irah, beliau mendakwa bahawa makna lafaz al-Qur"an sentiasa dalam proses membaharu.Artikel ini bertujuan menganalisis impak idea penafsiran semula al-Quran menurut beliau berdasarkan perspektif Pemikiran Islam.Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan proses pengumpulan dan penganalisisan data secara deskriptif dan kritis terhadap karya tokoh berkaitan.Kajian mendapati bahawa Nasr cuba mempopularkan perspektif Muktazilah berhubung status kemakhlukan al-Qur"an sebagai alternatif kepada perspektif Asha`irah yang lebih muktabar.Beliau cuba memerihalkan penstrukturan al-Quran sebagai proses komunikasi Tuhan dengan makhluk melalui medium "bahasa".Melalui pengkonsepsian semula aspek asbab al-
Language: Indonesian
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2760200248
FWCI:
Cites:
Cited by: 1
Related to: 10