Year: 2016
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: ABSTRAKPeningkatan penggunaan komputer dewasa ini di samping kelajuan capaian internet telah membawa satu bentuk penjualan dan pembelian yang baharu, yang disebut E-Dagang.Sehingga hari ini, Malaysia telah mempunyai 25 juta pelanggan internet dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih.Dengan kepesatan yang sedemikian, E-Dagang telah menjadi satu fenomena yang pesat membangun.Banyak kajian dilakukan untuk memahami E-Dagang ini, namun masih sedikit kajian tentang penglibatan pelajar, khususnya mahasiswa di dalam E-Dagang yang dilakukan.Maka, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai peniaga dalam penggunaan E-Dagang.Seramai 160 orang responden telah dipilih dari UKM Kampus Bangi.Kaedah analisis deskriptif telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian.
Source: Personalia Pelajar
Language: Malay
Subfield: Information Systems and Management
Field: Decision Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2776802116
