Work

Strategi Komunikasi Lisan Bahasa Jepun Pelajar Melayu Di Sebuah Universiti Awam

Year: 2017
Type: article
Abstract: Kajian ini memberi fokus kepada aktiviti interaksi berpasangan oleh pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan strategi komunikasi dalam membantu pelajar Melayu menyampaikan mesej dalam komunikasi lisan bahasa Jepun dengan lebih baik. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun tahap asas. Instrumen kajian terdiri daripada dua tugasan lisan yang melibatkan interaksi berpasangan selama 10 minit yang dirakam secara video dan audio. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan data sokongan untuk pemerhatian dan transkripsi. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Strategi Komunikasi yang telah diubahsuai daripada Bialystok (1983), Faerch & Kasper (1983), Tarone (1983) dan Varadi (1983). Pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden kajian yang kurang fasih berbahasa Jepun dan memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun terhad didapati lebih kerap menggunakan strategi-strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian yang fasih berbahasa Jepun. Pemilihan strategi komunikasi yang tepat akan memberi keyakinan dan meningkatkan penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam bahasa Jepun.
Language: Malay
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2803555855
FWCI:
Cites: 4
Cited by: 4
Related to: 9