Work

Analisis Teori Paradigma (Paradigm Theory) Hans Küng Dalam Kajian Agama

Year: 2018
Type: article
Abstract: Khulasah Kemajuan sains memperlihatkan kelahiran teori saintifik yang dimodifikasi untuk berfungsi memberi penjelasan terhadap fenomena agama dan sosial penganutnya.Antara contoh tersebut ialah berkembangnya teori paradigma yang pada awalnya diperkenalkan oleh Thomas Kuhn untuk bidang sains tabii namun kemudian diduplikasi dengan beberapa perubahan oleh Hans Küng untuk kajian agama.Makalah ini bertujuan menjelaskan teori paradigma agama menurut Küng khusus pada aspek metodologi, kerangka serta ciri-cirinya yang cuba dibezakan dengan apa yang diperkenalkan oleh Kuhn.Melalui metode kualitatif deskriptif melibatkan pendekatan induktif, makalah mendapati teori yang cuba diketengahkan oleh Küng ini memperlihatkan pentafsiran agama pada aspek pensejarahan (historiografi) dan produk budaya seterusnya mengesampingkan aspek kajian yang lebih komprehensif dan konstruktif iaitu kombinasi aspek tekstual, kontekstual dan dogmatik atau kepercayaan sesuatu agama dan pengamalan ajaran penganutnya.
Language: Indonesian
Subfield: Philosophy
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2883718544
FWCI:
Cites: 16
Cited by:
Related to: 10