Work

Corak matematik dalam kalendar Islam

Year: 2008
Type: dissertation
Abstract: Tujuan kajian ini adalah untuk melihat corak, kitaran dan pola Kalendar Islam (Kalendar Hijrah) dari tahun 1 Hijrah hingga tahun 1415 Hijrah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mencari hari dalam seminggu jika suatu tarikh diberikan dengan menggunakan pengiraan yang mudah dan jadual yang ditentukan dan juga boleh menggunakan tangan menentukan hari tarikh itu. Kaedah ini menarik, mudah digunakan dan boleh mendapatkan hari dalam seminggu dalam beberapa saat sahaja. Dalam usaha mencari hari dalam seminggu jika suatu tarikh diberikan, pengguna hanya perlu menghafal perwakilan jari jari tangan yang terlibat, mengetahui bilangan pergerakan tambahan ibu jari yang diperolehi daripada hasil analisis terhadap Kalendar Gregory dan pengiraan matematik yang mudah. Kalendar Islam yang ditetapkan dalam Kalendar Gregory atau kalendar yang didapati daripada program komputer digunakan untuk menguji ketepatan jawapan daripada kaedah tangan. Walaupun, kajian terhadap Kalendar Islam ini tidak menyumbang kepada pengunaan saintifik tetapi hasil perkongsian pendapat dan pengetahuan sesama rakan membolehkan proses penyiasatan dan penerokaan matematik berlaku dan seterusnya mengembangkan pengetahuan dalam bidang matematik.
Author: Pi, Pue Yee
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2884123778
Cites:
Cited by:
Related to: 10