Work

Sarawak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14: Cabaran Kepada Konsep Strongman dan Penaung-dinaung (Sarawak In The 14th General Election: The Challenge of The Strongman and Patron-Client Concepts)

Year: 2018
Type: article
Abstract: Sarawak dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). BN tidak pernah kalah dalam pilihan raya baik di peringkat negeri mahupun parlimen. Kekuatan Barisan Nasional Sarawak (BNS) ini dikaitkan dengan konsep strongman dan penaung-dinaung. Menerusi kedua-dua konsep ini kepimpinan BNS mampu menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan dan imej mereka sebagai pembela rakyat untuk menang dalam setiap pilihan raya. Usaha ini membawa kepada kejayaan besar bagi BNS dalam pilihan raya. Kesannya membolehkan mereka mengekal kuasa di Sarawak dan memenangi hampir 90 peratus kerusi parlimen. Namun demikian pada pilihan raya umum ke-14 kerelevenan konsep strongman dan penaung-dinaung mula dicabar. Walaupun BNS berjaya menang separuh kerusi parlimen di Sarawak tetapi beberapa kerusi bumiputera berjaya dimenangi oleh pembangkang. Sebelum ini kerusi bumiputera tetap dimenangi oleh BNS. Hal ini menunjukkan terdapat kecenderungan pengundi bumiputera mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan (PH). Perkembangan ini menunjukkan bahawa BNS tidak boleh mengharap kemudahan kerajaan dan retorik BNS sebagai agen pembangunan dalam memberi kemenangan berterusan kepada mereka. Oleh itu BN Sarawak perlu berusaha lebih kuat dan menumpukan pada isu-isu berorentasikan rakyat dari isu-isu retorik lama yang secara perlahan ditolak.
Language: English
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2908798127
FWCI:
Cites:
Cited by: 3
Related to: 10