PERTUKARAN SISTEM KEPADA PATUH SYARIAH SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA SISTEM PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN KONVENSIONAL: PENGALAMAN DI MALAYSIA (Conversion into Syariah Compliance System as an Alternative to Conventional Banking System and Financial Institutions: The Experience of Malaysia)
Year: 2019
Type: article
Abstract: ABSTRAK Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus unit dengan unit kurangan deficit unit . Namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena pertukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pertukaran sistem bagi institusi perbankan dan kewangan konvensional kepada institusi perbankan dan kewangan Islam yang berlaku di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama, iaitu metode persejarahan dan metode pengumpulan serta penganalisaan data. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa. ABSTRACT The conventional financial and banking system is very different from the Islamic financial and banking system. Although these two systems have the same function, their role as an “intermediary” between surplus units and deficit units, each transaction and operation are different. This is because the philosophy and core elements that became prominent foundation for both systems are different. Hence, the phenomenon of system conversion for some conventional banking to become a shariah-compliant banking is a positive phenomenon, in which this phenomenon can promote the advancement and development of the Islamic financial system in Malaysia, which is indeed an Islamic state, not only at the regional level but also globally. This article seeks to capture the real picture of system conversion for conventional banking and financial institutions into Islamic banking and finance institutions which is currently taking place in Malaysia. To achieve this objective, the study was conducted through two main methods, namely the method of history and documentation with analyzing method. The finding shows that Malaysia is one of the countries that actively promoting the Islamic financial system in their monetary system. While conventional financial system is still operating, efforts to make the Islamic financial system an alternative to the interest and riba-based system are positive efforts, thereby potentially strengthening Malaysia’s position as an international Islamic finance hub.
Institutions: Universiti Malaysia Kelantan, University of Malaya
Language: Malay
Subfield: Accounting
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2948868233
