Work

Pengamalan Bentuk-bentuk Komunikasi Dakwah Pendakwah Orang Asli

Year: 2019
Type: article
Abstract: This article is a fieldwork study done toward the muslim preachers who preach Islamic teaching to the Orang Asli community in Selangor. It involves the approach and communication skills that are used in conveying the message to the target group of da`wah. Therefore, this study aims to identify the types of dakwah communication used by the preachers in order to convey the dakwah messages to the target group namely the aboriginal (Orang Asli) community. This qualitative study utilizes the case study design. Eight preachers from Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) and Panel Dakwah Muallaf (PDM) in Selangor and a research informant are chosen for interviews. The data are organised and coded based on the themes and categories obtained from the complete transcriptions. Then, the data are analyzed descriptively. The findings show that there are three initial processes used by the preachers in developing the types of dakwah communication. It involves the initiatiation stage, planning as well as the preparation to begin a conversation on a certain topic when communicating with the Orang Asli. In order to ensure effective communication, the preachers is were not only applying verbal communication, but also non-verbal communication in order to open the channel of communication for dakwah. All the three stages influence the efficacy of the dakwah messages presented and give positive impacts towards Orang Asli community. Keywords: Communication, dakwah, preacher, Orang Asli. Abstrak Artikel ini merupakan kajian yang dilakukan terhadap pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Selangor. Ia melibatkan pendekatan dan kemahiran berkomunikasi yang digunakan dalam menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran dakwah. Sehubungan dengan itu, artikel ini secara khusus adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah ketika berinteraksi dengan Orang Asli. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui temubual separa struktur dengan melibatkan seramai lapan orang pendakwah yang terdiri daripada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Panel Dakwah Muallaf (PDM) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di negeri Selangor sebagai peserta kajian (PK) dan seorang informan kajian untuk ditemu bual. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan kategori hasil dari trankripsi yang lengkap. Kemudian, data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga proses awal yang digunakan oleh para pendakwah dalam membina bentuk-bentuk komunikasi dakwah. Ia melibatkan peringkat permulaan, perancangan dan persediaan bagi memulakan topik perbualan dalam konteks kandungan interaksi semasa berkomunikasi dengan masyarakat Orang Asli. Pendakwah menggunakan bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan ketika berkomunikasi dengan sasaran dakwah. Ketiga-tiga peringkat ini mempengaruhi keberkesanan dakwah yang disampaikan dan memberikan kesan positif dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Kata Kunci: Komunikasi, dakwah, pendakwah, Orang Asli.
Language: English
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W2953382172
FWCI: 0.652
Cites: 17
Cited by: 8
Related to: 10