Year: 2019
Type: article
Abstract: ABSTRAKArtikel ini bertujuan mengkaji krisis kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang berlaku antara tahun 1920 hingga 1924.Pembentukan NNMB dan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) telah membolehkan kerajaan British menguasai pentadbiran kewangan persekutuan menerusi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Penguasaan pentadbiran kewangan ini bermatlamat untuk mengabsahkan segala sumbangan kewangan dari NNMB kepada kerajaan British.Walaupun begitu, pada akhir tahun 1920 pentadbiran kewangan British di NNMB tercabar apabila berlakunya penyusutan lebihan baki kewangan persekutuan.Krisis bertambah serius apabila kerajaan NNMB tidak mempunyai baki wang tunai pada akhir tahun 1921.Pengkaji-pengkaji awal lebih bersetuju faktor pemusatan pentadbiran kewangan oleh kerajaan NNMB antara tahun 1913 hingga 1919 merupakan sebab utama berlakunya krisis kewangan ini.Bertentangan dengan itu, bukti yang diperoleh daripada rekod kewangan dan pentadbiran NNMB, Prosiding MMP, Laporan Suruhanjaya Penghematan, CO 717 dan FCO 141 membuktikan berlakunya pertumbuhan lebihan baki kewangan sebelum tahun 1920.Bagi menyelesaikan masalah tersebut, objektif artikel ini ialah menilai semula faktor krisis kewangan NNMB.Hasil kajian membuktikan bahawa, pemusatan pentadbiran kewangan bukanlah faktor sebenar yang menyebabkan krisis kewangan NNMB.Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan faktor kegagalan Laurence N.
Source: Kajian Malaysia
Authors: Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia, Mohd Shazwan Mokhtar
Institution: National University of Malaysia
Language: Malay
Subfield: Sociology and Political Science
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2990997598
