Work

EKSPERIMEN PELAKSANAAN PdP DIALOG ANTARA BUDAYA (PPDaB) DI DALAM KELAS

Year: 2019
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: The cultural gap in society needs to be overcome by fostering racial understanding and unity. An effective approach in Teaching and Learning (T&L) occurs when inter-cultural dialogue activities in the classroom are implemented. Dialogues between cultures refer to an interaction that occurs between two different cultural practitioners. The diversity of races, ethnicities and sub-ethnicities in Malaysia makes inter-cultural dialogues an important medium of integration and unity. This study aims to measure level of students' knowledge of popular culture from different ethnic or sub-ethnic groups before and after Pengajaran dan Pembelajaran Dialog Antara Budaya (PPDaB) activities. The study was participated by 71 undergraduate students who enrolled in Ethnic Relations course (CTU 553) at Universiti Teknologi MARA in Terengganu. Based on the data collected from the questionnaires, statistical analysis using mean and sp test (standard deviation) were used to measure students' knowledge, attitudes and perceptions of the given questionnaire items. The findings reveal that implementing PPDaB in the classroom may enhance the level of knowledge, create more positive attitude and interest of the students to a higher scale. Thus, innovation through the implementation of PPDaB in the classroom enhances the understanding, empathy and students' enjoyment of learning. Keywords: Experiment, Dialogue, Culture, Ethnic Relations, UiTM Jurang perbezaan budaya dalam kalangan masyarakat perlu diatasi dengan memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Pendekatan yang berkesan dalam PnP ialah dengan pelaksanaan aktiviti dialog antara budaya di dalam kelas. Dialog antara budaya merupakan interaksi yang berlaku antara dua pengamal budaya yang berbeza. Kepelbagaian kaum, etnik dan sub etnik di Malaysia menjadikan dialog antara budaya sebagai medium integrasi dan perpaduan yang penting. Kajian ini bertujuan mengukur tahap pengetahuan pelajar terhadap budaya popular rakan-rakan dari etnik atau sub etnik yang berbeza pada sebelum dan selepas aktiviti PPDaB dijalankan. Eksperimen ini dilakukan dengan melibatkan 71 orang pelajar sarjana muda yang mengambil kursus Hubungan Etnik (CTU 553) di Universiti Teknologi Mara di Terengganu. Berdasarkan data yang dikutip daripada soal selidik, analisis statistik dengan ujian min dan sp (sisihan piawai) digunakan bagi mengukur pengetahuan, sikap dan persepsi pelajar terhadap item soal selidik yang diberikan. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu mempertingkatkan tahap pengetahuan, membentuk sikap yang lebih positif dan minat pelajar kepada skala yang lebih tinggi. Justeru, inovasi melalui pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu meningkatkan kefahaman, empati diri dan pelajar merasa seronok terhadap pembelajaran yang dijalankan. Kata kunci : Eksperimen, Dialog, Budaya, Hubungan Etnik, UiTM
Language: English
Open Access status: green
OpenAlex ID: W3002398889
FWCI: 1.068
Cites: 12
Cited by: 1
Related to: 9