Year: 2020
Type: article
Abstract: Kajian ini mengungkapkan bagaimana suatu episteme keilmuan Melayu muncul dalam konteks sosialnya. Dengan kajian literature kajian ini menemukan bahwa kesedaran masyarakat dunia tentang kearifan tempatan milik masyarakat peribumi bukan eropah boleh diisi dengan mengemukakan konsep kearifan tempatan berasaskan ilmu melayu Islam. Kemudian, konstruk dan formula kearifan tempatan Melayu memang agak unik kerana merupakan hasil adunan dan sentesis antara Islam dengan pemikiran Melayu. Ia agak dinamik dan masih terpakai hingga pada masa sekarang. Selanjutnya, kitab jawi memang merupakan produk kearifan tempatan Melayu Islam yang terpenting. Ia dapat dilihat daripada segi penciptaan tulisan jawi dan konstruk ilmu yang dibangunkan oleh ulama melayu silam. Ia merupakan warisan berharga yang perlu dijaga dan dikaji oleh generasi akan datang.
Source: TEMALI Jurnal Pembangunan Sosial
Institution: University of Malaya
Language: Indonesian
Subfield: Literature and Literary Theory
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3012230495
