Year: 2020
Type: article
Abstract: Kreativiti merupakan kebolehan semulajadi untuk menghasilkan idea dan kemungkinan yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dipraktikkan dan diasah menerusi pelbagai teknik dan kaedah yang tertentu. Usaha yang berkaitan perlu dilakukan supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif ke arah amalan pembangunan insan yang berlandarkan kreativiti. Penerapan kemahiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah merupakan pendekatan pengajaran yang penting yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum institusi pendidikan tinggi. Pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan masalah merupakan kunci kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam kehidupan semasa bergelar mahasiswa dan juga setelah tamat pengajian. Kemahiran ini penting bagi memastikan pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi persaingan global. Penerapan kemahiran ini merupakan salah satu bentuk pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, malah juga cemerlang dari sudut akhlak dan emosi
Source: Sains Insani
Institution: Malaysia Theological Seminary
Language: Indonesian
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W3043828420
