Year: 2013
Type: article
Abstract: Penilaian prestasi merupakan nadi kepada kehidupan organisasi serta fungsi penting dalam pengurusan sumber manusia. Pelaksanaannya sering diselubungi oleh pelbagai masalah psikososial yang menyebabkan berlakunya konflik, ketidakpuasan, kebimbangan, tekanan, ketandusan upaya dan lainlain. Tanggapan ketidakadilan dalam pelaksanaan dan pengaruh politik pejabat merupakan punca utama kepada permasalahan ini. Bagi berhadapan dengan masalah ini, pelbagai kaedah penilaian prestasi telah diperkenalkan antaranya ialah Maklum Balas 360 Darjah. Walau bagaimanapun, didapati pelaksanaan kaedah ini juga masih lagi terdedah kepada pelbagai kelemahan yang berpunca daripada kesilapan manusia (human errors). Menyedari permasalahan yang dihadapi, kertas kerja ini cuba meneroka pendekatan penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah daripada perspektif Islam sebagai gantian kepada kaedah konvensional. Kertas kerja ini akan membincangkan justifi kasi keperluan kepada pendekatan Islam, pelakupelaku yang terlibat dalam pelaksanaannya serta ciri-ciri yang perlu ada pada pendekatan penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah daripada perspektif Islam. Kata kunci: Penilaian prestasi, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah dari perspektif Islam.
Author: Ab. Aziz Yusof
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: Malay
Subfield: Human Factors and Ergonomics
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W306207129
