Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah
Year: 2019
Type: article
Abstract: Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang pengurusan kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk keperibadian pelajar secara keseluruhannya. Hal ini mampu diserlahkan melalui pengurusan kokurikulum yang cemerlang. Pengurus kokurikulum memainkan peranan besar dalam menjayakan penglibatan tersebut. Kecemerlangan penglibatan pelajar berkait rapat dengan pengurusan kokurikulum. Semakin tinggi pengurusan kokurikulum dilaksanakan dengan cemerlang, semakin besar kesannya kepada penglibatan pelajar. Pelaksanaan pengurusan adalah berdasarkan objektif dan keupayaan pelajar bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari. Justeru, pengurusan kokurikulum mempunyai perkaitan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Authors: Sheila Michael, Abdul Said Ambotang
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Indonesian
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3081082710
