Year: 2020
Type: article
Abstract: Institusi takaful antara institusi kewangan Islam yang berkembang pesat pada hari ini. Institusi ini juga antara pembayar zakat di Malaysia. Namun begitu status pembayaran zakat institusi takaful dilihat mempunyai beberapa isu seperti jenis zakat, kaedah pengiraan dan asas zakat. Oleh itu, kajian ini akan melakukan penilaian fiqh terhadap pembayaran zakat institusi takaful di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data-data perpustakaan digunakan dan dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati institusi takaful perlu mengeluarkan zakat pendapatan dan menggunakan kaedah pengiraan yang sesuai berasaskan jenis zakat tersebut.
Source: Jurnal 'Ulwan
Institutions: University of Malaya, Universiti Teknologi MARA
Language: Malay
Subfield: Accounting
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3096850562
