Year: 2017
Type: dissertation
Abstract: Program Kawalan Tibi Kebangsaan (PKTK) mula dilaksanakan pada 1961 bertujuan untuk membanteras penularan jangkitan tibi di Malaysia. Meskipun program ini telah dilaksanakan lebih daripada 50 tahun, namun Malaysia masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengawal dan membanteras penyakit ini. Berdasarkan kepada keperluan ini, kajian ini bermatlamatkan untuk mengkaji pelaksanaan PKTK dengan meneliti dan menganalisis aspek-aspek penting yang terlibat dalam pelaksanaannya iaitu rangkaian governans, aktor, peruntukan sumber dan penyertaan masyarakat.
Authors: Abd Rahman, Nur Hairani
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: Malay
Subfield: History
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
Funder: Universiti Sains Malaysia
OpenAlex ID: W3136633699
