Work

Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai Perak

Year: 2020
Type: article
Abstract: Kajian ini berfokus kepada aspek leksikal dalam dialek Banjar yang terdiri daripada golongan kata nama sahaja. Kata nama yang telah dikenal pasti daripada bahasa Banjar akan dibandingkan atau disesuaikan dengan perkataan bahasa Melayu standard. Selain itu, aspek sejarah kedatangan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu amnya dan Mukim Bagan Serai khususnya turut dibincangkan. Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk melengkapkan kaedah pemerhatian yang telah dijalankan. Seramai 10 orang informan telah terlibat dalam temu bual ini, iaitu dua orang informan mewakili setiap kampung yang telah dipilih dalam mukim Bagan Serai, iaitu Kampung Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan dan Parit Haji Taib. Dapatan kajian ini memberi ruang kepada generasi muda untuk mengetahui aspek kata nama dialek Banjar yang merujuk kepada jantina, arah, peralatan dapur, anggota badan, kuih-muih, buah-buahan, jenis-jenis ikan, makanan, kiraan hari, dan kata ganti diri. Dapatan ini adalah penting kerana aspek leksikal kata nama yang diketengahkan ini merupakan leksikal yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Banjar semasa berkomunikasi.
Language: Malay
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W3148021276
FWCI: 1.536
Cites: 12
Cited by: 2
Related to: 10