Menganalisis aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan dengan menggunakan kaedah Thornthwaite (A spatio-temporal analysis of aridity levels in South Sulawesi using the Thornthwaite method)
Year: 2014
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan menyelidik dan menganalisis aras kegersangan yang berlaku di seluruh Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia bagi tempoh 10 tahun (1999 – 2008) mengikut masa dan ruang. Data suhu, kerpasan dan sejatpeluhan daripada 66 stesen kajicuaca di seluruh Sulawesi Selatan telah dianalisis. Nilai Indeks Kegersangan kemudiannya dikira dengan menggunakan kaedah imbangan air yang telah dikemukakan oleh Thornthwaite-Mather. Dengan menggunakan Teknik Poligon Thiessen, nilai indeks kegersangan telah diplot mengikut kawasan. Hasil kajian mendapati aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan telah diklasifikasikan kepada tiga kelas iaitu indeks kegersangan rendah (< 16.7%) yang meliputi daerah Gowa dan Bone di bahagian Selatan, Luwu Utara dan Luwu Timur di bahagian Utara manakala Pinrang dan Enrekang dibahagian tengah. Sementara itu, indeks kegersangan tinggi (> 33.3%) tersebar pada wilayah Palopo di bahagian utara, Sidrap dan Wajo di bahagian tengah, Makassar, Takalar, Jeneponto, Bulukumba dan Selayar di bahagian selatan manakala daerah lain menunjukkan nilai indeks kegersangan yang sederhana (16.7 – 33.3%). Umumnya, faktor utama berlakunya keadaan kersang di Provinsi Sulawesi Selatan ini adalah curahan hujan yang amat kurang dalam tempoh yang lama dan suhu udara yang berpanjangan tinggi sehingga kadar sejat-peluhan yang tinggi. Dengan keadaan ini menyebabkan banyak kawasan pertanian terutamanya yang bergantung semata-mata kepada air hujan gagal menghasilkan hasil pertanian.
Institutions: National University of Malaysia, State University of Makassar
Language: Indonesian
Subfield: Global and Planetary Change
Field: Environmental Science
Domain: Physical Sciences
SDG: Climate action
Open Access status: green
OpenAlex ID: W31514111
