Work

Etika Peperiksaan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Year: 2020
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Etika peperiksaan merupakan satu norma yang menentukan dan membezakan sesuatu tindakan pelajar sama ada baik atau buruk dalam peperiksaan. Objektif kajian ini ialah mengkaji etika peperiksaan dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara faktor penentu dengan etika peperiksaan. Kajian ini mengetengahkan faktor penentu dari teori tindakan terancang (Theory of Planned Behaviour). Faktor penentu tersebut adalah sikap, norma subjektif dan keagamaan. Bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan deskriptif. Kaedah kutipan data adalah menggunakan borang soal selidik dan responden terdiri dari 180 pelajar yang dipilih secara persampelan rawak di dua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor. Kajian ini menggunakan analisis korelasi untuk mengkaji hubungan diantara faktor penentu dengan etika peperiksaan. Hasil analisis korelasi mendapati ketiga-tiga faktor iaitu sikap, norma subjektif dan keagamaan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan etika peperiksaan. Hasil kajian menunjukkan semakin tinggi sikap yang baik, norma subjektif dan keagamaan pelajar maka semakin tinggi etika peperiksaan mereka. Pengenalpastian faktor dalaman pelajar ini menunjukkan etika peperiksaan boleh ditingkatkan dengan pendedahan kepentingan etika peperiksaan dan seterusnya mengurangkan masalah pembelajaran seperti plagiarism dan meniru semasa peperiksaan dijalankan. Ini juga membolehkan pengurangan tingkahlaku tidak beretika apabila pelajar bekerja pada masa akan datang. Examination ethics is a norm that determines and differentiates a student's actions whether good or bad in the examination. The objective of this study is to examine the examination ethics among students in Higher Learning Institutions. Specifically, this study aims to look at the relationship between the determinant factors and examination ethics. This study highlights the determining factors from the Theory of Planned Behaviour. The determining factors are attitudes, subjective norms and religion. The form of this study is quantitative and descriptive. The method of data collection is using a questionnaire form and the respondents consisted of 180 students selected by random sampling at two private institutions of higher learning (IPTS) in Selangor. This study uses correlation analysis to examine the relationship between determinants and examination ethics. The results of correlation analysis found that all three factors, namely attitude, subjective norms and religion have a significant positive relationship with examination ethics. The results show that the higher the good attitude, subjective and religious norms of students, the higher their examination ethics. The identification of these internal factors of students shows that examination ethics can be improved by exposing the importance of examination ethics and in turn reducing learning problems such as plagiarism and imitation during examinations. This also allows for the reduction of unethical behaviour when students work in the future.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3172340676
FWCI: 0.319
Cites: 43
Cited by: 1
Related to: 10