Work

Pengelasan Gerak Bukan Ruang Berdasarkan Teori Struktur Konseptual

Year: 2021
Type: other
Abstract: Pengelasan gerak serta memahami makna gerak merupakan suatu usaha yang sukar. Lazimnya, gerak dikaitkan dengan perbuatan atau tindakan yang ditunjukkan melalui kata kerja. Walau bagaimanapun, gerak juga boleh berlaku dalam bentuk yang abstrak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menunjukkan gerak dan makna gerak berdasarkan representasi struktur konseptual dan struktur sintaksisnya. Kajian ini menggunakan sepenuhnya Teori Struktur Konseptual (TSK). Teori Struktur Konseptual merupakan teori yang menjelaskan representasi gerak secara abstrak berdasarkan set kategori ontologi dalam konstituen. Data kajian menggunakan janaan konkordons dalam Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna gerak bukan ruang (GBR) terdiri daripada gerak bukan ruang bersifat masa, gerak bukan ruang bersifat pemilikan, gerak bukan ruang bersifat keadaan dan gerak bukan ruang bersifat kewujudan. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran kata kerja gerak bukan ruang iaitu diadakan, milik, simpan dan wujud direpresentasikan dalam rumus struktur konseptual iaitu Fungsi [KEADAAN] yang membawa rumus MENJADI [x, y]. Pemetaan struktur konseptual ini juga dihubungan dalam peranan tematik yang melibatkan Tema, Matlamat, Aktor, Lokasi dan Objek Rujukan. Sehubungan itu, kajian ini telah menunjukkan operasi organisasi teori struktur konseptual secara bersistematik dan berpada.
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W3196671545
Cites: 198
Cited by:
Related to: 8