Visualização E Ensino De Análise Matemática Visualization and the Teaching of Mathematical Analysis
Year: 2015
Type: article
Abstract: Kemahiran pedagogi penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran matematik masa kini. Guru yang berkemahiran tinggi dapat menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan individu murid, termasuk mereka yang berkeperluan khas atau berlatar belakang sosioekonomi berbeza. Namun begitu, penguasaan kemahiran ini sering terhalang oleh pelbagai cabaran seperti kekurangan latihan, beban tugas pentadbiran yang tinggi serta kekangan sumber sokongan. Kajian sistematik yang meneliti aspek kemahiran pedagogi dalam konteks pengajaran matematik masih terhad dan memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesahkan elemen-elemen penting dalam kemahiran pedagogi yang diperlukan dalam pengajaran matematik yang berkesan. Kajian ini menggunakan tinjauan literatur dan kaedah Fuzzy Delphi bagi memperoleh pandangan serta konsensus pakar berkaitan elemen-elemen yang relevan. Seramai 13 orang pakar dalam bidang matematik dan kurikulum telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap kesepakatan tinggi terhadap tiga konstruk utama iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran mengajar dan kemahiran visualisasi. Setiap konstruk merangkumi elemen-elemen spesifik yang menyumbang kepada keberkesanan pedagogi guru. Implikasi kajian menunjukkan keberkesanan kaedah Fuzzy Delphi dalam mencapai konsensus pakar serta menyediakan pendekatan sistematik dalam pembangunan model kemahiran pedagogi. Kajian lanjutan dicadangkan bagi menilai kebolehgunaan model dalam konteks bilik darjah sebenar serta memperluas elemen model mengikut keperluan pengajaran semasa.
Institutions: Universidade Federal do Rio de Janeiro, Universität Hamburg
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2183130722
