Year: 2021
Type: article
Abstract: Penularan wabak COVID-19 telah menukar lanskap tugas wanita terutamanya ibu. Penutupan sekolah, pusat pengajian dan pusat penjagaan menyebabkan beban tugas ibu meningkat. Keberadaan anak-anak di rumah sepanjang masa dan kelangsungan pembelajaran atas talian menyukarkan ibu untuk menjalankan tugasan kerjaya dan tugasan rutin harian disamping membantu pembelajaran anak atas talian dalam masa yang sama. Beban tugas yang hanya tertumpu kepada ibu sahaja mendatangkan tekanan yang kronik sehingga menyebabkan kelesuan upaya (burnout). Pendekatan kaedah bantuan profesional dan kaedah bantuan kendiri dicadangkan bagi menangani kesan sampingan akibat gejala kelesuan upaya dari aspek diri sendiri, pasangan dan anak-anak berlaku.
Source: Jurnal 'Ulwan
Authors: Ila Nursalida Ali Amran, Zilal Saari
Institution: University of Technology Malaysia
Language: Indonesian
Topic: Stress and Burnout Research
Subfield: Social Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3211892394
