Year: 2012
Type: article
Abstract: Kajian ini meneliti bagaimana komuniti etnik Cina di Kuala Lumpur melihat liputan media yang berkaitan isu rasisme serta sejauh mana naratif media dibandingkan dengan pengalaman hidup seharian mempengaruhi pandangan mereka terhadap hubungan antara kaum. Kajian ini mendapati bahawa pengalaman harian dan interaksi rentas etnik lebih dominan dalam membentuk kefahaman mereka berbanding paparan media. Objektif kajian adalah untuk: (1) meneroka respons etnik Cina terhadap liputan berita berunsur rasisme dan diskriminasi; (2) menghuraikan penilaian mereka terhadap hubungan etnik dan perpaduan nasional; (3) memahami peranan pengalaman hidup dalam membentuk makna tentang rasisme; dan (4) meneliti kecenderungan tingkah laku seperti penjarakan sosial, pengelakan dan penapisan kendiri dalam interaksi antara etnik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui enam temu bual mendalam bersama informan yang telah bermastautin di Kuala Lumpur sekurang-kurangnya lima tahun. Kerangka teori menggabungkan Audience Reception Theory (Hall), Interaksi Simbolik (Goffman), dan Pembinaan Sosial (Berger & Luckmann) bagi menjelaskan pembentukan makna melalui pengalaman sosial dan pengaruh media. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun informan menyedari kewujudan unsur rasisme dalam liputan media dan media sosial, mereka lebih dipengaruhi oleh pengalaman peribadi, hubungan harian dan interaksi antara etnik. Justeru, ramai memilih pendirian neutral serta mengamalkan penapisan kendiri demi mengelakkan salah faham dan mengekalkan keharmonian sosial. Kajian ini menegaskan keperluan menilai semula dasar serta memperkukuh peranan pendidikan dan komuniti dalam memupuk hubungan etnik yang lebih inklusif di Kuala Lumpur.
Authors: Majdah Zawawi, Nasimah Hussin
Language: English
Subfield: Religious studies
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W33716382
