Year: 2010
Type: article
Abstract: Makalah ini bertujuan untuk mengukur kecekapan relatif industri saham amanah di Malaysia menggunakan kaedah Analisis Sempadan Stokastik (ASS) bagi tahun 2003 dan 2004 yang terdiri daripada 65 buah dana daripada 16 buah syarikat pengurusan dana saham amanah di Malaysia. Dana yang dikaji dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pertumbuhan, pendapatan dan Islam/Syariah menggunakan spesifi kasi Batt ese dan Coelli (1992). Analisis data dan keputusan kajian menggunakan program Frontier Versi 4.1 (Coelli, 1996). Kecekapan merupakan pengukuran penting yang boleh digunakan untuk menilai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Language: Malay
Field: Decision Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W39337159
