Work

Pengelasan Sebutan Huruf Hijaiyah menggunakan Teknik Pembelajaran Mesin (Classification of Hijaiyah Letters Pronunciation using Machine Learning Techniques)

Year: 2023
Type: article
Abstract: Fitur Mel-frequency cepstral coefficients (MFCC) dan teknik pengelasan berdasarkan pembelajaran mesin sering digunakan dalam mengelaskan sebutan huruf-huruf hijaiyah. Walaupun begitu, berdasarkan kajian-kajian lepas, prestasi ketepatan pengelasan sebutan huruf hijaiyah masih lagi rendah walaupun dengan penggunaan algoritma pembelajaran mesin dan fitur MFCC. Oleh itu, kajian khas untuk menganalisis fitur dan teknik pembelajaran mesin yang sesuai akan dibincangkan dalam kertas kajian ini. Selain itu, bilangan huruf hijaiyah juga ditingkatkan kepada 30 huruf mengikut resam uthmani. Kajian ini mahu membuktikan bahawa penggunaan fitur dan teknik pengelasan yang sesuai mampu mengelaskan sebutan huruf hijaiyah dan memberikan prestasi ketepatan yang tinggi walaupun dengan jumlah huruf yang banyak. Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada enam fasa utama dalam metodologi kajian ini termasuklah pemprosesan isyarat, penyarian fitur, pemprosesan dan pemilihan fitur, pengelasan dan akhir sekali pengujian, penilaian dan analisis. Kadar persampelan yang digunakan bagi kesemua modul pemprosesan isyarat pertuturan dalam kajian ini adalah 44.1 kHz. Dapatan kajian menunjukkan fitur MFCC merupakan fitur paling sesuai bagi mengelaskan sebutan huruf hijaiyah berbanding fitur-fitur lain yang telah diekstrak berdasarkan kepada ‘rank’ dalam hasil pemilihan fitur. Perbandingan prestasi ketepatan menunjukkan teknik pengelasan Random Forest (RF) mencapai ketepatan yang tinggi dengan menggunakan fitur MFCC, iaitu purata sebanyak 97~99% bagi setiap huruf hijaiyah berbanding teknik pengelasan lain yang telah diuji dalam kajian ini. Kesimpulannya, penggunaan fitur MFCC dan teknik pengelasan RF mampu memberikan prestasi ketepatan pengelasan sebutan huruf hijaiyah yang tinggi sekaligus meningkatkan prestasi pengelasan sebutan huruf hijaiyah kajian lepas, sehingga 98.29% secara purata untuk 30 huruf. Kata kunci: Sebutan huruf hijaiyah; Pengelasan pertuturan; MFCC; Pembelajaran mesin; Pengecaman pertuturan ABSTRACT Mel-frequency cepstral coefficients (MFCC) features and classification techniques based on machine learning are often used in classifying hijaiyah letter pronunciations, however, the classification accuracy performance of hijaiyah letter pronunciations is still low even with the use of machine learning algorithms and MFCC features. Therefore, this study to analyze the features and relevant machine learning techniques will be presented in this study paper. In addition, the number of hijaiyah letters was also increased to 30 letters following the Uthmani resm. This research aims to prove that the suitable feature and relevant classification technique allows for precise classification of the pronunciation of each letter even with large amounts of letters. This research is conducted based on the six main stages in research methodologies which includes signal processing, feature searching, processing and feature selection, classification and lastly, testing, evaluation and analysis. The sampling rate used for all speech signal processing modules in this study is 44.1 kHz. The findings of the study show that the MFCC feature is the most suitable feature to classify the pronunciation of hijayah letters compared to other features that have been extracted based on the rank in the feature selection results. Comparison of accuracy performance shows that Random Forest (RF) classification technique achieves high accuracy by using MFCC feature, which is an average of 97 ~ 99% for each hijaiyah letter compared to other classification techniques that have been tested in this study. In conclusion, the use of MFCC features and RF classification techniques are able to provide a high performance of hijaiyah pronunciation classification accuracy, which is 98.29% on average even with the use of 30 letters. Keywords: Hijaiyah letters pronunciation; Speech classification; MFCC; Machine learning; Speech recognition
Language: Indonesian
Open Access status: gold
Estimated APC paid: $300
OpenAlex ID: W4322216941
FWCI: 0.055
Cites: 29
Cited by: 1
Related to: 10