Mekanisme Penguatkuasaan Kesalahan Matrimoni Perkahwinan Tanpa Kebenaran Bagi Orang Islam Di Negeri Johor
Year: 2025
Type: article
Abstract: The enforcement of Shariah criminal offenses and civil offenses is generally the primary duty of Islamic Enforcement Officers in each jurisdiction. Among the offenses that these officers are responsible for enforcing are matters related to the marriage of Muslims, including unauthorized marriages. However, the guidelines and mechanisms for enforcing unauthorized marriage offenses are less extensively discussed in theoretical terms, as their enforcement procedures are perceived as less complex compared to more intricate criminal cases. This study aims to examine the guidelines and mechanisms utilized by Islamic enforcement authorities in the State of Johor for the enforcement of unauthorized marriage offenses, with reference to the concept of hisbah in Islamic administration and the pertinent elements of Islamic legal provisions. The study employs a qualitative approach using library documentation methods to gather information regarding the enforcement of marriage offenses, focusing primarily on the Islamic Enforcement Division of Johor. Additionally, the research incorporates semi-structured interviews with two Shariah enforcement officers and one Shariah prosecutor to acquire data on enforcement mechanisms, which are then subjected to content analysis. The findings indicate that the enforcement of unauthorized marriage offenses aligns with the concept of hisbah within its administrative framework, and the concept of unauthorized marriage is consistent with specific elements of the Johor State Islamic Family Law Enactment. The study also identifies four principal guidelines that empower Islamic Enforcement Officers in Johor to carry out their duties. Furthermore, it highlights four key mechanisms employed in the enforcement of unauthorized marriage offenses in the state, which include the receipt of complaints, investigative processes, witness examinations, and searches. This study is deemed necessary to provide a comprehensive understanding of the enforcement of unauthorized marriage offenses, similar to the discourse on Shariah criminal offenses. The study also offers recommendations for addressing the challenges related to the enforcement of unauthorized marriage offenses among Muslims in Johor. Abstrak Penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah dan kesalahan mal secara umumnya merupakan tanggungjawab utama Pegawai Penguat Kuasa Agama Islam di setiap negeri. Antara kesalahan yang perlu dikuatkuasakan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama Islam termasuklah hal ehwal perkahwinan orang Islam seperti kesalahan matrimoni perkahwinan tanpa kebenaran. Namun, garis panduan dan mekanisme penguatkuasaan kesalahan perkahwinan tanpa kebenaran kurang dibahaskan secara teori dengan lebih terperinci berikutan prosedur pelaksanaannya dianggap lebih mudah berbanding kes jenayah yang lebih kompleks menurut sesetengah pihak. Justeru, kajian ini akan membincangkan mengenai garis panduan dan mekanisme penguat kuasa agama Islam di negeri Johor dalam menjalankan penguatkuasaan kesalahan perkahwinan tanpa kebenaran bersandarkan kepada konsep hisbah dalam pentadbiran Islam dan elemen-elemen perundangan Islam. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi perpustakaan bertujuan mendapatkan sumber mengenai penguatkuasaan kesalahan matrimoni dengan memfokuskan Bahagian Penguatkuasaan Agama Islam Negeri Johor sebagai objektif utama. Kajian turut mengaplikasikan metode temu bual semi struktur dengan dua orang pegawai penguat kuasa syariah dan seorang pegawai pendakwa syariah untuk mendapatkan data mekanisme penguatkuasaan serta dianalisis secara kandungan. Keseluruhan kajian mendapati penguatkuasaan kesalahan matrimoni perkahwinan tanpa kebenaran adalah selaras dengan konsep hisbah dalam pentadbirannya dan konsep berkahwin tanpa kebenaran bertepatan dengan elemen tertentu dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri Johor. Selain berhasil mengenal pasti empat garis panduan utama yang menjadi punca kuasa setiap Pegawai Penguat Kuasa Agama Islam negeri Johor dalam menjalankan tugas, hasil kajian turut menemui empat mekanisme utama yang diamalkan dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran di negeri ini bermula daripada penerimaan aduan, proses siasatan, pemeriksaan saksi dan penggeledahan. Kajian ini dianggap wajar dilakukan untuk memberi pendedahan dengan lebih terperinci berkenaan penguatkuasaan kesalahan matrimoni perkahwinan tanpa kebenaran seperti mana perbahasan mengenai kesalahan jenayah syariah. Kajian turut mengutarakan cadangan terhadap isu penguatkuasaan kesalahan perkahwinan tanpa kebenaran orang Islam di negeri Johor ini.
Institution: University of Malaya
Language: English
Topic: Family and Matrimonial Law
Subfield: Law
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4407593377
